Alamgir

Sinopsis: Sejak berabad lamanya dunia Jin dan Jembalang ditekan oleh dominasi Teknologi manusia, sedalam-dalam khazanah belantara dibakar, kawasan terpencil diteroka dan dibangunkan, segalanya untuk memenuhi kemahuan manusia yang tiada kesudahan. Dan sekarang, Jin dan Jembalang berusaha untuk memahami sains dan mempelajari kerumitan Teknologi demi untuk membina senjata yang sofistikated, yang diharapkan mampu untuk menyaingi hasil kebijaksanaan manusia yang hebat. Senjata ini disimpan dalam bentuk roh kecil yang tak-berubah-bentuk, dimana roh-roh ini mudah untuk dikendalikan, senang diangkut, dan dengan panduan penggunaan yang ringkas; mereka juga memliki kesedaran tersendiri bertujuan untuk menghiburkan tentera Jin dan Jembalang ketika beroperasi. Dan kisah Alamgir bermula, apabila salah satu daripada roh ini tercicir daripada ‘kilang’nya dan muncul dalam dunia manusia. Airman, seorang budak berusia 16 tahun, yang bosan dengan kehidupan teruknya sebagai pelajar; kini berhadapan dengan 2 masalah besar; pertama dia telah disenaraihitam oleh pihak sekolahnya kerana telah ponteng kelas lebih dari 7 kali; yang mana sebelum itu, Airman telah ditangkap oleh seorang pengawas perempuan bernama Bong Zhao Yuen. Dan kedua; tentu Sekali pertemuannya dengan roh kecil itu yang bersembunyi didalam mejanya; dimana roh kecil itu sedang dikejar oleh seekor roh merayau dari kawasan kejiranan yang dekat. Kerana terdesak untuk melarikan diri; roh kecil itu bersembunyi didalam mulut Airman sebagai pilihan terakhir; menyebabkan Airman bertukar menjadi berzirah-senjata-perisai yang hebat; dengan helmet yang pelik dan tanda yang aneh. Dimana dengan mengunakan senjata itu; Airman memenangi pertempuran. Kini Bermulanya Pengembaraan Airman dan roh kecil itu; meniti perjalanan mencari makna kehidupan; mereka bertemu dengan ramai roh dan makhluk yang unik; sehinggalah takdir menentukan; akan mereka bertemu dengan makhluk bergelar Avant-Garde, sekumpulan saintis manusia yang berusaha mendapatkan Kuasa ajaib Jin dan Jembalang; demi cita-cita dahsyat mereka; iaitu untuk bersaing dengan kebijaksanaan dan keagungan Tuhan!
By: Tenfaz
Total Pageviews: 118.7K
Alamgir - new comics, web comics, comic book artist, comics, comic book, comics to read online, comics read online, webcomic
|< <<
Rated:
0 (0 ratings)
Track Add Fave
11.3K Views

Post a Comment:
Alamgir is © Copyright 2025 Tenfaz and is hosted on Comic Domination, a free hosting site for webcomics.
[*ThumbnailWidth=100*]